emmmm~~~

Sabtu, 12 Mei 2012


Perjalanan diteruskan….

Perjalanan hidup saya sebagai pelajar diteruskan lagi menuju minggu ke tujuh. Saya rasakan semester ini berjalan dengan pantas dan percambahan ilmu terus berlaku dengan menghadiri kelas dan menghadiri beberapa seminar yang membantu saya dalam usaha untuk menjadi guru kanak-kanak yang baik.

Minggu      : 7
Hari          : Rabu
Tarikh      : 4 April 2012
Masa        : 09:00 pm

Minggu ini saya menghadiri kelas seperti biasa. Di dalam kelas, Puan Afzan membincangkan dengan lebih terperinci lagi mengenai polisi dalam membina sesebuah tadika. Antara perkara yang dititik beratkan dalam polisi penubuhan sesebuah tadika atau taska adalah persekitaran, ibu bapa, guru, pelajar atau kanak-kanak, masyarakat, kontigensi, kesihatan, kemudahan, keselamatan, kurikulum, bayaran, pengurusan dan pengangkutan. Setiap sub topik ini boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian dan beberapa perkara. Sebagai contonya persekitaran. Persekitaran ini boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian seperti persekitaran dalam kelas, persekitaran di luar kelas, persekitaran taman permainan, persekitaran dapur dan sebagainya.
Pada minggu ini juga kami diberitahu tentang pembatalan tugasan menebual pengurus tadika yang telah dilakukan oleh saya bersama Fatin. Walaupun tugasan itu dibatalkan tetapi saya merasakan temubuak itu merupakan satu pengalaman baru dan penambahan ilmu yang sukar di cari dimana-mana.


CETUSAN MINDA HIJAU SAYA
Minggu 6
Ibu Bapa Dalam Mendidik Anak-anak

SERINGKALI kita mendengar pepatah, anak-anak ibarat kain putih dan ibu bapalah yang akan mencorakkannya. Namun, bagi mengurus dan memahami anak masing-masing, ibu bapa perlu ada kemahiran dan ilmu keibubapaan.
Ia secara tidak langsung mempengaruhi perkembangan anak-anak. Terdapat tiga jenis gaya keibubapaan yang utama. Gaya keibubapaan yang dimaksudkan ialah:
Autoritatif
Ibu bapa autoritatif bersifat tegas, namun sedia mendengar pandangan anak-anak mereka. Mereka juga bertolak ansur mengikut keadaan dan anak-anak dididik dengan penuh kemesraan. Kesannya, anak-anak dapat menikmati kehidupan dan mempunyai motivasi yang tinggi. Ini merupakan gaya keibubapaan yang terbaik.
Autoritarian
Ibu bapa yang mengamalkan gaya ini tidak mempunyai tolak ansur, mengenakan kawalan yang ketat, menentukan peraturan keluarga yang perlu dipatuhi tanpa soal, menggunakan kaedah disiplin bersifat hukuman dan segala keputusan ibu bapa tidak boleh dibantah. Akibatnya, hubungan mereka dengan anak mungkin akan renggang kerana tidak mempercayai dan wujud perasaan kurang berpuas hati.
* Permisif
Ibu bapa memberikan kebebasan sepenuhnya kepada anak-anak mereka tanpa ada kawalan. Mereka lebih memenuhi keperluan anak-anak, tidak membentuk peraturan keluarga yang jelas dan tidak menerangkan antara tingkah laku yang baik dan sebaliknya. Keadaan ini akan membuatkan anak-anak bersifat kurang matang, kurang kawalan diri, kurang sikap tanggungjawab sosial dan kurang keyakinan diri.
Apa yang boleh ibu bapa lakukan:
Ibu bapa sebagai model ikutan
Ibu bapa menjadi model ikutan yang ideal untuk remaja kerana mereka belajar secara berkesan melalui peniruan dan pemerhatian. Bersikap negatif seperti panas baran, mendera, mementingkan diri dan memaki hamun memberi kesan psikologi remaja. Tidak mustahil jika remaja sendiri mempunyai sifat sedemikian memandangkan pengaruh yang diterima.
* Kenali rakan anak
Buangkan rasa malu atau ego untuk mengenali rakan-rakan anak anda. Cara ini memberitahu anda dengan siapa anak anda berkawan.
* Berhubung dengan guru
Sentiasa berhubung dengan guru sekolah anak anda mengenai perkembangan anak. Cara ini membolehkan guru memberitahu anda seawal mungkin jika anak anda dikesan bermasalah.


* Kualiti masa
Berbual kosong dengan anak sahaja tidak memadai. Fikirkan untuk memaksimumkan masa bersama dengan anak. Ibu bapa dan anak-anak yang sejahtera sering berkomunikasi mengenai pelbagai perkara dan bukan hanya apabila wujudnya konflik.
* Kebebasan terkawal
Ibu bapa wajar menerapkan kebebasan yang terkawal ke atas anak-anak mereka. Kebebasan yang diberikan patut tidak melampaui batas iaitu mempunyai had-had tertentu. Ini penting bagi menjamin tidak timbul sebarang unsur negatif yang mempengaruhi mereka.
* Bersikap realistik
Pastikan anda bersikap realistik terhadap kemampuan anak anda seiring dengan perkembangan umurnya. Ini penting agar anda tidak menaruh harapan yang terlalu tinggi atau tidak realistik.
Ada ibu bapa terlalu mengharapkan anak mereka cemerlang dalam bidang-bidang tertentu mengikut kemahuan mereka tanpa menghiraukan kemahuan dan kebolehan remaja itu sendiri. Harapan tidak realistik dikhuatiri boleh menyumbang tekanan ke atas anak-anak.
* Pengurusan disiplin
Pengurusan disiplin yang salah boleh membawa implikasi kepada anak-anak terutama dari segi kognitif, emosi dan tingkah laku. Disiplin sebenarnya melibatkan langkah pencegahan dan pemulihan.
Langkah pencegahan termasuklah pengajaran dan latihan untuk membina kebolehan remaja serta penyediaan sempadan bertingkah laku. Pemulihan pula bertujuan membetulkan salah laku remaja dan membantu remaja supaya tidak mengulangi tingkah laku yang jelas bertentangan dengan norma masyarakat dan agama.
Peraturan sepatutnya diwujudkan sejak di peringkat awal lagi. Ini boleh dimulakan dengan membuat peraturan-peraturan yang mudah. Peraturan perlu dilaksanakan secara konsisten dan tidak bersikap berat sebelah.
* Beri penghargaan
Memberikan penghargaan terhadap remaja juga adalah salah satu usaha untuk menunjukkan kasih sayang. Remaja akan berasa bangga kerana mendapat penghargaan terutama daripada ibu bapa. Mereka merasakan bahawa bakat atau kebolehan mereka mendapat perhatian dan dihargai.

Rabu, 9 Mei 2012



Percambahan Ilmu dan Nilai~~~~

percambahan ilmu terus berlaku antara pelajar-pelajar Pendidikan Awal kanak-kanak semester 6 bersama pensyarah Pengurusan Pendidikan Awal Kanak-kanak iaitu Puan Puteri Afzam.
Berikut saya ringkaskan perjalanan kelas dan peristiwa yang berlaku pada minggi ini.

Minggu      : 6
Hari          : Rabu
Tarikh      : 28 Mac 2012
Masa        : 09:00 pm

Kelas pengurusan pada minggu ini membincangkan tentang organisasi-organisasi yang perlu ada dalam pengurusan sesebuah tadika atau taska. Sebelum organisasi pengurusan dijalankan di tadika atau taska, kita hendahlah mengkaji dan meneliti setiap maklumat dan komponen yang diperlukan dalam organisasi tersebut. Selepas itu, kita boleh membuat draf awal pengurusan pentadbiran di institusi tersebut. Antara jawatan-jawatan yang dikenal pasti dalam menubuhkan sesebuah organisasi terutamanya tadika atau taska ialah board of director, pengarah atau penyelia, accountant, penyelia tahap, health and care, dan transportation.
Jawatan-jawatan ini dalam merancang pentadbiran sesebuah organisasi. Setiap bahagian jawatan pula mempunyai sub-sub dibawahnya seperti pembantu kepada bahagian-bahagian jawatan tersebut. Kami telah diberi tugasan dalam menyediakan proposal untuk membuka sebuah tadika atau taska mengikut pilihan kumpulan kami sendiri. Oleh itu jawatan-jawatan ini dalam menjalankan projek tersebut.
        Aktiviti susulan selepas kuliah ialah perbincangan kumpulan iaitu membincangkan tentang sistem organisasi yang akan dibina oleh kumpulan kami. Puan Puteri juga mengarahkan kami membuat diskripsi bagi setiap jawatan yang dicipta. Melalui perbincangan yang dibuat, saya telah diberi tanggungjawan untuk membuat diskripsi berkaitan dengan jawatan akauntan dan membuat saya seronok kerana iai berkaitan dengan minor yang saya ambil iaitu keusahawanan yang mempunyai kursus perakaunan awalan.
       

CETUSAN MINDA HIJAU SAYA~~~
Minggu 5
-Book Making-

        Pada kali ini saya ingin berkongsi sesuatu dengan rakan-rakan saya semua. Saya rasakan ada diantara semua tidak pernah membuat buku bersama kanak-kanak. Ilmu ini saya telah belajar pada semester 4 yang lalu bersama dengan pensyarah yang amat saya kagumi iaitu Puan Zainiah. Aktiviti ini dinamakan sebagai Book Making dan ia boleh dilaksanakan bersama kanak-kanak didalam kelas dan ia dapat menarik minat kanak-kanak dalam membuat aktiviti yang bermakna.
        Langkah-langkah untuk membuat buku ini adalah seperti berikut, tetapi sebelum itu saya akan memperkenalkan bahan-bahannya dahulu:

ALAT BANTU MENGAJAR (ABM)

1.    Kertas (buku untuk book making)
      
                                 

2.   Gunting 
3.   Pembaris
4.   Pensil 
5.   Penebuk lubang
6.   Benang kait


LANGKAH-LANGKAH MEMBUAT

1.    Menggaris titik pada kertas (buku)



2.   Menggunting garisan yang telah dibuat.


  

3.   Melipat bahagian yang telah dibuat garis

    



4.   Menebuk lubang dibahagian kiri atas buku.


5.   Memasukkan benang kedalam lubang dan mengitkanya.




HASIL KERJA ‘BOOK MAKING’ (BUKU)

  
*catatan hijau* aktiviti ini dapat menarik minat kanak-kanak untuk mencintai buku seterusnya memberi pengalaman baru kepada kanak-kanak. bentuk dan rekaan lipatannya boleh mengikut kreativiti para guru.

 saya berharap perkongsiaan saya pada kali ini memberi idea baru kepada guru kanak-kanak dalam merancang aktiviti kepada kanak-kanak.
Perkongsian Ilmu Bermakna~~~~~

           Rentetan pertemuan pertama kami pelajar Pengurusan Pendidikan Awal Kanak-kanak menjadi lebih bermakna dengan perkongsian ilmu bersama pensyarah kami iaitu Puan Puteri Afzam. 
          Berikut adalah rentetan minggu seterusnya yang dapat saya muatkan disini~~~ 

Minggu      : 5
Hari          : Rabu
Tarikh      : 21 Mac 2012
Masa        : 09:00 pm

        Pada hari ini kelas pengurusan Awal Kanak-kanak berjalan seperti biasa. Namun, banyak input yang saya dapat dalam srategi untuk menyiapkan proposal. Pada kelas kali ini, Puan Puteri telah mengedarkan beberapa nota sebagai panduan untuk membina proposal. pada kuliah kali ini juga Puan Puteri banyak menceritakan tentang sistem pendidikan awal kanak-kanak diluar Negara terutamanya di United Kingdom, ada beberapa perkara yang menarik perhatian saya ialah berkaitan dengan satu akta yang dikenali sebagai Child Minding, Child Minding merupakan akta yang akan memberikan kelulusan bagi penjaga atau child care yang akan menjaga kanak-kanak. Child minding mempunyai child minder yang menetapkan satu penjaga bagi 2-3 orang kanak-kanak. Keadaan ini menunjukkan seorang care giver atau penjaga kanak-kanak tidak boleh menjaga kanak-kanak dalam bilangan yang ramai dalam satu-satu masa. Akta ini sangat menarik untuk diperkenalkan di Malaysia dan saya berharap suatu hari nanti Malaysia juga mengamalkan sistem ini.
        Pada minggu ini juga saya telah melaksanakan satu tugasan untuk kursus ini iaitu menemuramah pengusaha tadika dan bertanyakan tentang pengurusan tadika tersebut. Perkara susulan bagi temuramah ini ialah menyediakan satu laporan. Pada 14 Mac 2012 yang lalu saya bersama seorang rakan iaitu Nur Fatin Zainuddin telah pergi ke Tadika Semai Bakti yang terletak di Jalan Maktab, Kuala Lumpur.  Pada temubual itu, banyak perkara yang saya dan Fatin tahu tentang pengerusan sesebuah tadika terutamanya tentang penyediaan tempat, penyediaan kurikulum dan pengurusan staff, guru dan kanak-kanak.
        Bersama catatan ringkas ini saya sediakan beberapa keping gambar kami semasa mengadakan temuramah tersebut…..



CETUSAN MINDA HIJAU SAYA~~~~
minggu 4

           sedang saya membelek-belek internet untuk mencari maklumat bagi menyiapkan tugasan pengurusan, saya tertarik dengan satu maklumat yang saya rasakan sangat berguna untuk dikongsi bersama. sudah namanya bakal guru kepada kanak-kanak sudah tentulah saya akan berkongsi tentang sesuatu yang berkaitan dengan Awal kanak-kanak
              perkara yang ingin dikongsi pada hari ini ialah berkaitan dengan pengurusan nutrisi kanak-kanak atau yang lebih khusus ialah bayi. Saya merasakan hal ini penting bagi memastikan kesihatan kanak-kanak terjamin bagi membantu kanak-kanak membesar dan berkembang kerana asas kesihatan bermula dari pemakanan......

PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK DAN KHASIAT NUTRISI
Kepentingan Susu terhadap kanak-kanak

Kanak-kanak memerlukan susu sejak dari usia yang kecil lagi. Susu mempunyai  khasiat nutrisi yang penting untuk pertumbuhan dan perkembangan otak anak-anak. Kalsium merupakan mineral yang paling penting yang diperoleh daripada susu. Kalsium adalah merupakan antara sumber yang penting untuk kanak-kanak dan paling mudah diserap kedalam badan mereka. Kalsium diperlukan untuk pembesaran serta menguatkan tulang dan gigi.

Selain daripada susu, kalsium juga boleh diperolehi daripada sumber lain seperti ikan (sardin, ikan bilis), keju, yogurt, tauhu, kekacang dan sayuran hijau. Ibu bapa perlu mempelbagaikan jenis makanan bagi memastikan anak mereka mendapat nutrisi yang secukupnya untuk perkembangan tulang dan gigi yang kuat. Kajian menunjukkan setiap makanan mempunyai khasiat nutrisi yang berbeza. Tiada sejenis makanan yang mempunyai kesemua nutrisi yang diperlukan oleh badan untuk aktiviti harian. 

Selain kalsium, susu juga mengandungi mineral dan vitamin lain seperti vitamin A, vitamin B, (Riboflavin, Niacin, B6 dan B12), vitamin C, Zink, Fosforus dan Magnesium. Selain itu, susu juga mempunyai protein yang diperlukan badan untuk membina, memelihara dan membaiki tisu yang rosak. Protein juga diperlukan untuk membina sel darah merah yang berfungsi sebagai pembawa oksigen ke seluruh anggota badan kita.

Di dalam badan kita, protein dipecahkan kepada komponen yang ringkas, dikenali sebagai asid amino. Terdapat 22 jenis asid amino yang penting untuk kesihatan manusia. Daripada 22 jenis asid amino ini, sebanyak 13 asid amino adalah dihasilkan oleh badan kita, sementara 9 jenis asid amino adalah diperlukan daripada makanan yang kaya protein. Protein di dalam susu merupakan sejenis protein yang kompleks. Ini kerana protein ini mengandungi 9 jenis asid amino yang diperlukan oleh badan. Kita memerlukan tenaga untuk melakukan pelbagai jenis aktiviti dan karbohidrat membantu kita untuk memperoleh tenaga yang diperlukan, Karbohidrat di dalam susu merupakan komponen yang ringkas dan mudah untuk dihadam oleh badan manusia.

Lemak adalah komponen penting dalam keperluan diet yang sihat. Kanak-kanak memerlukan kuantiti tertentu untuk membantu dalam perkembangan otak dan sistem saraf mereka. Selain daripada itu, lemak juga membantu dalam menyerap sesetengah vitamin seperti vitamin B dan C. Lemak juga merupakan komponen utama bagi hormon, menyelaputi sistem saraf di dalam badan kita.

Ketika kanak-kanak membesar, otak mereka juga akan berkembang dengan cepat. Sel-sel otak adalah terdiri daripada lemak perlu. Di pasaran sekarang, kebanyakkan susu mengandungi Omega 3 dan 6 yang membantu dalam perkembangan otak anak kita. Dengan perkembangan otak yang baik, sel-sel otak akan dapat berinteraksi dengan lebih cepat antara satu sama lain dan ini membantu dalam meningkatkan proses pembelajaran mereka. Susu yang penuh khasiat ini adalah mudah disediakan dan boleh di minum pada bila – bila masa. Oleh itu, anak-anak anda perlu digalakkan untuk meminum susu agar mendapat khasiat yang mereka perlukan.

*catatan hijau* Tengoklah bayi yang sihat sentiasa tersenyum dan membesar dengan sempurna. Hidup menjadi bahagia dengan kehadiran bayi seperti ini....



                                              

Tercipta satu pertemuan~~~~~

Minggu            : 4
Hari                 : Rabu
Tarikh              : 14 Mac 2012
Masa                : 10:00 pm

Selepas penantian beberapa minggu ini akhirnya hari ini saya berpeluang untuk mengenali pensyarah untuk mata pelajaran Pengurusan Pendidikan Awal Kanak-kanak (KAA3043). Beliau yang dimaksudkan ialah Puan Puteri Afzam. Perkenalan buat kali pertama sungguh menyeronokkan kerana beliau banyak menceritakan tentang kehidupannya di luar Negara. Dalam masa yang sama saya pula yang tersa teruja, maklumlah tak pernah keluar Negara. Insyaallah suatu hari nanti saya aka sampai ke Negara impian saya.
Kelas yang pertama ini juga kami diberi tugasan untuk subjek ini, beberapa tugasan yang diberikan termasuklah menulis diari ini.. hehehehe… tugasan yang membuat saya terasa teruja ialah membuat proposal untuk membuka tadika. Tak sabar rasanya nak buat proposal tersebut.
Sepanjang minggu ini juga banyak perkara yang berlaku terutamanya perkara yang berkaitan dengan Pendidikan Awal Kanak-kanak dan salah satunya ialah Seminar bersama dengan  Professor Aline-Wendy Dunlop. Sepanjang seminar itu berlansung, pelbagai perkara yang saya dapat belajar terutamanya dalam menjadi guru kanak-kanak yang baik. Pengalaman dan ilmu yang ada pada Professor Aline-Wendy Dunlop membuatkan saya teringin untuk menjadi sepertinya pada suatu hari nanti.
Pada Sabtu, 10 Mac 2012, saya juga telah menyertai Program Motivasi dan Kerjaya Pendidik Awal Kanak-Kanak Sesi 2011/2012 yang bertempat di Universiti Malaya (UM) anjuran Persatuan Pendidikan Awal Kanak-Kanak Universiti Malaya (PPAKKUM). Pada program itu beberapa orang yang arif tentang Pendidikan Awal kanak-kanak telah memberi ceramah dan dari itu, banyak perkara yang saya telah belajar.
Dibawah ni saya titipkan beberapa keping gambar kenangan bersama Professor Aline Wendy Dunlop: