emmmm~~~

Selasa, 4 Oktober 2011


DERITA DARIMU

mencintai dia tanpa diasak
merindui dia tanpa disuruh
menyukai dia tanpa dipaksa
dalam diam memendam rasa
mencari jawapan setiap persoalan
dilema harus dirungkai

tanpa bertanya aku meluah
mencari jawapan berharap bahagia
tidak disangka penyeri mendatang
menyinggah ketika aku memerlu
berharap berpanjangan

kenapa indah itu sementara
kenapa bahagia itu sekejab
menyangka cinta itu adalah dia
berharap seribu percaya
namun aku harus berkongsi
berkongsi kasih dengan yang salah

aku bersyukur 
aku ada yang satu
aku bersyukur 
syurga keluarga msih disamping
aku bersyukur 
teman sedia tempah meluah

pergilah derita 
pergilah tangis
pergilah terus menyepi
aku disini tidak mengapa
mengharap cinta dari ILAHI

*nukilan hati untuk orang yang pernah saya suka, saya harap awak berubah dan bahagia bersama seorang insan bergelar isteri....
*saya hadiahkan sajak ini untuk hari lahir (5 okt 2011) awak yer...  

Rabu, 28 September 2011

AKU BERSUJUD
(Dedikasi untuk peristiwa tsunami Jepun 2011 dan letupan loji nuklearnya)

Mengintai menyelami dunia
Terasa semakin murka
Manusia bermaharajalela
Memamah kemanisannya
Tanpa ada tolak ansur
Segalanya telah sarat
Melepaskan yang terpendam
Manusia seumpama terpempan

Dunia meluahkan segala
Sedang asyik di buai mimpi
Tersentak terjaga terkapai-kapai
Mencari arah...

Segalanya telah nyata
Di dalam telah di luah
Termenung seketika
Amaran telah dibunyikan
Mencari jawapan...

Tersedar dari lamunan
Belum ku bersujud pada yang satu
Bersyukur padanya
Memberi peluang untukku bersujud 
AKU PERCAYA

Sungguh bahagia
Melihat ibu bapa
Sungguh indah
Melihat adik-beradik
Sungguh nyaman
Melihat teman-teman

Aku percaya
Ada cinta dihati
Ada kasih yang terbuku
Ada sayang dikalbu
Ada keikhlasan disisi

Aku percaya
Semuanya ada untukku
Aku tersungkur tanpanya
Aku hampa jauh darinya
Aku mati tiadanya
Kerana aku percaya
Bersamanya hidupku terindah..