emmmm~~~

Rabu, 16 Mei 2012

CACATAN MINDA HIJAU SAYA
Minggu 9
*kanak-kanak kreatif*

          Pada minggu ini saya ingin berkongsi tentang kreativiti kanak-kanak. Diharapkan pencarian saya ini dapat dikongsi bersama kawan-kawan semua.

MEMBINA DAYA KREATIF KANAK-KANAK

DAYA kreatif bukan hanya bergantung kepada keupayaan, tetapi juga sikap seseorang dalam menghadapi kehidupan.


Daya kreatif paling jelas dapat dilihat pada kanak-kanak kerana bagi mereka segalanya adalah baru dan otak mereka yang kecil sentiasa cuba menggabungkan fikiran dan idea-idea, sambil meneroka dunia di sekeliling mereka.

Bagaimanapun, jika ibu bapa ingin menanamkan daya kreatif ini dalam diri anak-anak, perkara penting yang perlu diketahui ialah perbezaan antara kreativiti dan kepintaran. Semua orang mempunyai potensi atau bakat kreatif semula jadi. Sebagai guru, ibu bapa atau penjaga, mereka boleh mempengaruhi kanak-kanak untuk meningkatkan daya kreatif .

Tugas membesarkan anak-anak yang kreatif adalah lebih mudah daripada yang disangkakan. 

Tip-tip penting:-

> Ibu bapa hanya perlu memberikan sedikit galakan dan peluang untuk mereka mendapat kebebasan untuk bertindak dan bersuara. 

> Ibu bapa boleh menyediakan pelbagai jenis bahan untuk mainan kreatif anak seperti alat-alat lukisan, pakaian lama, tanah liat dan doh mainan buatan sendiri, blok binaan atau kotak, dan sebagainya.

> Ibu juga boleh membacakan buku untuk anak-anak dan menggalakkan mereka membaca. Tunjukkan kepada mereka bahawa membaca adalah kegiatan yang menyeronokkan.

> Sesetengah kanak-kanak memang gemar melukis dan mewarnakan lukisan. Mereka akan melakukannya tanpa disuruh. Tetapi kanak-kanak yang lebih penakut atau pemalu mungkin memerlukan idea untuk mendorong mereka memulakannya.
> Ada kanak-kanak yang mungkin gemar melukis objek, orang atau haiwan yang mereka lihat. Ini adalah cara yang baik untuk meningkatkan kemahiran pemerhatian atau pengamatan mereka. 

> Jangan galakkan mereka melukis watak-watak kartun popular. Sebaik-baiknya, galakkan kanak-kanak mencipta atau melukis watak mereka sendiri.

> Secara umum, elakkan aktiviti-aktiviti seni membabitkan langkah demi langkah yang membawakan hasil yang boleh diramalkan. 

> Gunakan bahan-bahan berlainan untuk aktiviti-aktiviti lama. Sebagai contoh, semburkan krim pencukur pada cermin tingkap atau ke atas meja dan biarkan mereka melukis dengan jari. 
> Atau, warnakan beras dengan menggunakan pewarna makanan dan biarkan mereka cuba membuat koolam. Atau, izinkan mereka menggunakan selimut, kerusi dan kotak untuk membuat istana.

> Galakkan mereka memikirkan sesuatu dengan sendiri. Ibu bapa seharusnya menyokong idea atau ciptaan mereka - bukan mengkritik atau cuba membetulkan rupa atau bentuk hasil kreatif mereka.

Hasil penyelidikan menunjukkan bahawa individu yang sangat kreatif biasanya lahir daripada keluarga yang mengenakan terlalu sedikit peraturan penting tetapi bermakna.

Pakar pendidikan awal Itali, Loris Malaguzzi yang menulis dalam The Hundred Languages of Children berkata, kreativiti lahir daripada pelbagai pengalaman.

Ia disertakan dengan pembangunan sumber peribadi yang mendapat sokongan, termasuk kebebasan untuk meneroka luar daripada batas pengetahuan.

Dalam usaha untuk meningkatkan daya kreatif anak-anak, tugas ibu bapa ialah untuk membantu mereka mendaki gunung mereka sendiri, setinggi yang terdaya. Tiada sesiapa yang dapat melakukan lebih daripada itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan