emmmm~~~

Rabu, 16 Mei 2012


Teruskan sahaja berlalu…

Minggu         : 10
Hari             : Jumaat
Tarikh         : 27 April 2012
Masa            : 09:00 pm

Pada minggu ini kelas pengurusan masih lagi tidak berjalan seperti biasa A.K.A kelas batal. Hehehe… waluupun kelas batal, sebagai cacatan minggu ini saya ingin berkongsi tentang dasar polisi nurseri yang telah dihasilkan oleh kumpulan kami.

DASAR POLISI NURSERI

Kanak- kanak
a)    Memastikan kanak-kanak berumur antara 3 hingga 6 tahun
b)   Kanak-kanak perlulah sihat tubuh badan tidak cacat

Guru / staf
a)    Memastikan guru di nurseri ini mempunyai kelulusan sekurang-kurangnya diploma
b)   Memberi orientasi kepada guru semasa awal berkhidmat
c)    Memastikan guru menyertai semua kursus yang disediakan pihak pengurusan untuk memantapkan cara pengajaran kepada kanak-kanak
Yuran

a)   Yuran pendaftaran sebanyak RM800, termasuk pakaian formal dan tidak formal, insurans, alatan menulis,dan beg sekolah.
b) Yuran bulanan berbeza mengikut tahap umur kanak-kanak iaitu kanak-kanak berumur 3 dan 4 tahun sebanyak RM500 dan kanak-kanak berumur 5 dan 6 tahun RM400
c)   Memastikan ibubapa membayar yuran dalam bentuk wang tunai atau pemindahan wang ke akaun nurseri.
d)   Memastikan yuran dibayar paling lewat pada 10haribulan.

Pengangkutan
a)    Menyediakan kenderaan iaitu sebuah van (12 penumpang)
b)   Perjalanan kenderaan hanya dibenarkan apabila melebihi 10 kilometer.

Masa
a)    Memastikan guru dan pekerja mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan
b)   Guru dan pekerja bekerja bermula 8 pagi sehingga 5 petang
c) Memastikan setiap aktiviti seperti pembelajaran, bermain, makan dan tidur  menepati masa yang telah ditetapkan

Kemudahan
a)    Kemudahan didalam kelas mestilah tidak tajam dan tidak merbahaya.
b)   Setiap peralatan bersesuaian dengan tahap umur kanak-kanak
c)  Memastikan alat permainan terdiri daripada bahan gentian kaca dan mengikut piawaian seperti tahan luntur dan mempunyai tempoh penggunaan.
d)   Memastikan bilangan alatan mengikut bilangan kanak-kanak
e)   Memastikan alat bantu mengajar menarik perhatian kanak-kanak

Persekitaran
a)    Didalam bilik darjah
-          Memastikan susun atur meja dan kerusi sesuai dengan pergerakan kanak-kanak
-          Suasana bilik darjah mestilah kondusif dan selamat
-          Suasana bilik darjah sesuai dengan kanak-kanak
b)   Di luar bilik darjah
-          Memastikan persekitaran luar tidak membahayakan kanak-kanak
-          Memastikan terdapat guru atau pembantu murid semasa kanak-kanak berada diluar bilik darjah
-          Keselamatan luar bilik darjah mestilah terjamin seperti rumput tidak panjang.
Komuniti
a)    Memastikan nurseri menepati piawaian yang ditetapkan
b)   Memastikan penubuhan nurseri mendapat kelulusan daripada jabatan kebajikan masyarakat atau pihak lain-lain.
Ibu bapa
a)    Memastikan ibu bapa mematuhi peraturan di nurseri dari segi waktu pembayaran yuran.
b)   Memastikan ibu bapa warganegara Malaysia.
c)    Memastikan ibu bapa melibatkan diri dalam aktiviti yang dianjurkan nurseri.
d)   Memastikan ibu bapa memberitahu pihak nurseri sekiranya terdapat alahan pada kanak-kanak.

Keselamatan
a)   Pihak nurseri akan memastikan keselamatan kanak-kanak sama ada di dalam mahupun di luar bilik darjah.
b) Memastikan taman permainan selamat digunakan kanak-kanak dan mengikut piawaian.
c)  Memastikan tandas kanak-kanak dibina sesuai mengikut umur dan selamat digunakan.
d)   Memastikan ruang makan berada dalam keadaan bersih dan selamat seperti tiada perkakas tajam berhampiran ruang makan kanak-kanak.
e)   Memastikan ruang tidur kanak-kanak selesa dan bersih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan