emmmm~~~

Ahad, 13 Mei 2012


CETUSAN MINDA HIJAU SAYA
Minggu 7
Pengurusan penyusunan bilik darjah di Prasekolah

Menurut Haji Samsudin bin Md Noor dalam laporannya bertajuk ’Pengurusan Bilik Darjah Dinamik Ke Arah Pengurusan Modal Insan Berkualiti’, pengurusan bermaksud satu proses mendapatkan penyertaan, kerjasama, dan campur tangan ahli untuk mencapai objektif-objektif organisasi atau kumpulan, gerak kerjanya termasuk proses merancang, mengelola, memimpin, mengarah dan mengawal. Bilik darjah pula adalah sebagai tempat berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran yang merupakan tempat yang terpenting di sekolah. Bilik darjah juga merupakan medan perjuangan utama kerjaya seorang guru. Pengurusan bilik darjah pula didefinisikan sebagai tindakan dan strategi yang digunakan untuk mengekalkan peraturan bilik darjah. Pengurusan bilik darjah adalahsatu kemahiran yang amat penting dan perlu dikembangkan oleh guru-guru bagimembolehkan guru mengurus pembelajaran dengan lebih berkesan. Pengurusan bilik darjah pada umumnya bertujuan mewujudkan keadaan, suasana, dan persekitaran pembelajaran yang kondusif

Bilik Darjah KBSR

Bilik darjah KBSR telah diperkenalkan pada tahun 1982 di beberapa buah sekolah rendah hanya sebagai percubaan untuk melihat keberkesanan pelaksanaannya. Bilikdarjah jenis ini mempunyai perbezaan yang begitu ketara jika dibandingkan dengan bilik darjah tradisi.Dari segi susunan fizikal, kerusi dan meja murid disusun mengikut kaedahkumpulan kerana program KBSR itu sendiri menekankan aktiviti pembelajaran secara berkumpulan serta menggalakkan interaksi antara guru dengan murid dan interaksi murid dengan murid. Dari segi bentuk dan kemudahan, di dalam bilik darjah KBSR disediakan ruang pembelajaran untuk memudahkan murid menjalankan aktiviti pembelajaran. Selain itu ,bahan pengajaran dan hasil pembelajaran diletakkan di ruang pembelajaran tersebut. Ini akan menyebabkan suasana bilik darjah menjadi menarik dan boleh merangsang proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.

Bilik darjah KBSR seharusnya mempunyai peralatan asas seperti papan tulis,papan kenyataaan dan ruang yang selesa, meja dan kerusi untuk guru dan murid, almari yang dihiasi dengan penyediaan bahan-bahan bacaan dan bahan bantuan mengajar. Cahaya yang mencukupi serta pintu dan tingkap yang terbuka membolehkan peredaran udara yang mencukupi.Susunan meja dan kerusi dalam bilik darjah sebaik-baiknya memberi kemudahan kepada murid-murid mengadakan aktiviti pembelajaran berpusatkan murid dan aktivitiberkumpulan agar murid mudah berinteraksi sesama mereka dan mudah berinteraksi dengan guru.Ciri-ciri bilik darjah KBSR yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia adalahseperti berikut;
•Kerusi dan meja murid hendaklah disusun mengikut kumpulan,
•Murid dibahagikan mengikut kumpulan tertentu berdasarkan kobolehan tersendiri,
•Menggalakkan penglibatan murid secara aktif,
•Menggunakan kaedah pengajaran dan pembelajaran secara berpusatkan murid,
•Kerap melaksanakan interaksi antara guru dengan murid dan murid dengan murid,
•Hasil kerja yang dipamerkan di dalam bilik darjah memperlihatkan suasana pembelajaran yang kondusif dan selesa, dan
•Murid sentiasa berada dalam keadaan aktif.

Menurut Rohani Abdullah (2003), ruang dalam bilik darjah prasekolah seharusnya dibahagi kepada pusat pembelajaran tertentu bagi membolehkan;
•Murid nampak lebih jelas pilihan ruang bagi menjalankan aktiviti tertentu. Contohnya, pusat estetika dan daya kreatif bagi menjalankan aktiviti seni dan kraf.
•Pusat tersebut boleh digunakan bagi mempamerkan dan menyimpan alatanyang bersesuaian. Contohnya, alat permainan blok disimpan di rak pusatmanipulatif.
•Murid-murid dapat memilih ruang kegemaran mereka semasa mereka menjalankan aktiviti bebas.
•Bahan berkaitan yang mudah diambil dan disimpan oleh murid-murid. Ini menggalakkan kemahiran murid-murid bagi menyusun mengikut jenis, bentuk,warna dan sebagainya.Pusat pembelajaran atau sudut yang perlu ada dalam sebuah bilik darjah prasekolah berdasarkan komponen pembelajaran ialah;
•Pusat bahasa,
•Pusat manipulatif,
•Pusat drama atau main masak-masak.
•Pusat seni dan kraf,
•Pusat kognitif (sains dan matematik),
•Pusat teknologi,
•Pusat kerohanian dan moral, dan
•Pusat perbualan awal.Sekiranya guru mempunyai ruang bilik darjah yang besar, guru boleh menyediakan kesemua pusat tersebut. Jika tidak, memadailah guru menyediakan pusat-pusat yang penting sahaja.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan