emmmm~~~

Rabu, 16 Mei 2012


Menarik minggu ini.....

*KELAS BATAL!!!!*

Minggu            : 9
Hari                 : Jumaat
Tarikh              : 20 April 2012
Masa                : 09:00 pm

Pada minggu ini kelas pengurusan tidak berjalan seperti biasa A.K.A kelas batal. Hehehe… waluupun kelas batal, saya tetap meneruskan kesinambungan tugasan kami iaitu proposal tadika. Pada minggu ini saya ingin berkongsi tentang diskrpsi kerja yang telah dihasilkan oleh kumpulan kami.

DISKRIPSI KERJA

PENGARAH
  • Kedudukan                : Pengarah
  • Masa bekerja          : 5 hari seminggu
  • Syarat kelayakan      :
- mempunyai sekurang-kurangnya ijazah sarjana muda dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak atau setaraf.
- Berumur antara 25 hingga 35 tahun.
- warganegara  malaysia
- gaji minimum rm 4000 (Tanya madam)
  • Tanggungjawab kepada       :
bertanggungjawab kepada seluruh staf dan kanak-kanak di dalam tadika
  • Tugasan/ peranan     :
Tugas Umum
v  -Bertanggungjawab membahagikan tugas pekerja dan menyediakan jadual tugas
v  -Memenuhi kehendak pelanggan (ibu bapa)
v  -Mewujudkan hubungan dua hala dengan komuniti dan agensi-agensi luar.
v  -Menguruskan pendaftaran dan pertukaran pelajar
v  -Bertanggungjawab mengambil tindakan tatatertib terhadap pekerja jika berlaku masalah.
v  -Menentukan anggaran kewangan tahunan tadika
v  -Merancang dan penyelia aktiviti perkembangan staf seperti kursus peningkatan mutu kerja
v  -Memastikan perabot dan alatan di dalam tadika berada dalam keadaan baik dan selamat digunakan oleh kanak-kanak
v  -Bertindak sebagai ketua di dalam setiap mesyuarat

Tugas spesifik:
v  -Bertanggungjawab dalam membuat keputusan dalam perlantikan pekerja
v  -Bertanggungjawab penuh dalam setiap urusan yang berkaitan ibu bapa
v  -Menetapkan kurikulum yang digunakan dalam pengajaran
v  -Mengurus hal ehwal pentadbiran,pengurusan dan kewangan tadika
v  -Memeriksa Buku Rekod Mengajar Guru, Buku Kemajuan Pelajar, Buku Profil, Buku Kedatangan Pelajar dari masa ke semasa
v  -Menandatangani surat-surat rasmi berkenaan tadika
v  -Menentukan polisi-polisi mengenai pelaksanaan peraturan sekolah

3.3 AKAUNTAN 

  • Kedudukan             : Akauntan
  • Masa bekerja             : 5 hari seminggu
  • Syarat kelayakan      :
-          -Mempunyai Diploma Kewangan/ Akauntan/ Perbankan atau setaraf.
-          -Mempunyai pengetahuan dalam bidang perakaunan
-         -lulus B.M (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan
yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
-          -Berumur 25 tahun keatas.
-         - Warganegara Malaysia
-         - Gaji minimum RM1200

  • Tanggungjawab kepada:
Bertanggungjawab melaksanakan, menyelia sistem dan operasi berkaitan dengan akaun pembayaran gaji, kutipan hasil, terimaan hasil, klasifikasi hasil, penyelenggaraan buku tunai, daftar deposit, amanah dan penyediaan laporan tahunan.

  • Tugasan/peranan:
Tugas Umum:
v  -Menguruskan sistem perakaunan tadika.
v  -Menguruskan sistem  kewangan tadika.

Tugas spesifik:
v  Mencatatkan, memasukkan dalam rekod perakaunan dan simpanan kira.
v  Membuat pengiraan yang sewajarnya
v  Melaksanakan fungsi perakaunan dan simpanan kira.
v  Mengira kos pengeluaran dan pengendalian
v  Menyediakan senarai gaji dan rekod yang berkaitan untuk gaji pekerja.
v  Menyediakan invois, menerima dan membayar wang, menyimpan rekod transaksi, mengeluarkan resit dan menunaikan cek.

3.4      PENYELIA TAHAP

  • Kedudukan                : Penyelia tahap
  • Masa bekerja             : 5 hari seminggu
  • Syarat kelayakan      :
- mempunyai sekurang-kurangnya ijazah sarjana muda dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak atau setaraf.
- Berumur antara 25 hingga 35 tahun.
- Warganegara  Malaysia
- Gaji minimum rm 3000
  • Tanggungjawab kepada       :
bertanggungjawab kepada pengarah atau penyelia
  • Tugasan/ peranan     :
Tugas Umum
v  -Mengurus hal ehwal pentadbiran
v  -Menyelia kerja dan susun atur guru dan kanak-kanak 3 hingga 6 tahun
v  -Bertanggungjawab menyediakan persekitaran yang bersih  dan alat permainan  yang selamat
v  -Memenuhi kehendak pelanggan (ibu bapa)

Tugas spesifik:
v  -Membantu dalam perancangan, pelaksanaan dan penilaian program
v  -Melaksanakan prosedur peraturan dan garis panduan kepada guru dan pembantu murid.
v  -Memenuhi permintaan ibubapa terhadap keperluan kanak-kanak
v  -Memantau sesi pengajaran guru
v  -Menyampaikan keperluan guru kepada pengarah
v  -Menghadiri mesyuarat kakitangan, kursus perkhidmatan atau bengkel.
v  -Menghubungi agensi-agensi lain atau pihak luar yang bekerjasama bagi mendapatkan maklumat dalam pendidikan awal kanak-kanak.
v  -Menyelenggara fail dan rekod pentadbiran guru.

3.5  GURU
  • Kedudukan                : Guru kepada kanak-kanak antara 3 hingga 6 tahun
  • Masa bekerja             :5 hari seminggu
  • Syarat kelayakan      :
-    -mempunyai sekurang-kurangnya diploma dalam pendidikan awal kanak-kanak atau setaraf
-    -Berumur antara 25 hingga 30 tahun.
-    -Warganegara malaysia
-    -Gaji minimum rm 1500
  • Tanggungjawab kepada       :
bertanggungjawab kepada penyelia tahap
  • Tugasan/ peranan     :
Tugas Umum:
v  -Memberi pendidikan dan pengasuhan kepada kanak-kanak.
v  -Menyediakan rancangan pengajaran mengikut perkembangan kanak-kanak
v  -Mempelbagaikan  kaedah mengajar
v  -Mempunyai kuasa ke atas kanak-kanak sepanjang kanak-kanak di nurseri

Tugas spesifik:
v  -Mengajar dan mendidik kanak-kanak mengikut sukatan pelajaran
v  -Menyediakan bahan bantu mengajar yang menarik
v  -Mengemaskini data dan maklumat kanak-kanak semasa pengajara
v  -Menjalin hubungan yang baik dengan rakan sekerja, ibubapa dan kanak-kanak
v  -Mengajar kanak-kanak pelbagai aspek kehidupan
v  -Menghadiri mesyuarat atau kursus jangka pendek
v  -Melayan kanak-kanak secara adil atau sama rata
v  -Memberi laporan kanak-kanak kepada ibubapa
v  -Melihat potensi kanak-kanak
v  -Menggalakkan penglibatan ibubapa dalam aktiviti nursery
v  -Membersih dan menceriakan suasana dan tempat belajar
v  -Menggalakan pergaulan sosial kanak-kanak
v  -Mengatur jadual harian atau jadual aktiviti kanak-kanak di nursery
v  -Menunjukkan sikap dan nilai murni didepan kanak-kanak
v  -Membuat penilaian terhadap tahap perkembangan kanak-kanak.

3.6  PEMBANTU PENGURUSAN MURID
  • Kedudukan                : Pembantu murid
  • Masa bekerja             : 5 hari seminggu
  • Syarat kelayakan      :
- Mempunyai sekurangnya sijil pengasuhan kanak-kanak atau sijil pelajaran Malaysia dan setaraf.
- Berumur tidak kurang daripada 18 tahun
- Warganegara Malaysia
- Gaji minimum RM 800
  • Tanggungjawab kepada       :
bertanggungjawab kepada guru
  • Tugasan/ peranan     :
Tugas Umum:
v  -Membantu guru prasekolah dalam hal ehwal pengurusan kelas
v  -Membantu guru semasa seisi pengajaran dan pembelajaran

Tugas spesifik:
v  -Menyelia kanak-kanak setiap masa dari aspek keselamatan, kesihatan dan keselesaan kanak-kanak
v  -Memenuhi keperluan kanak-kanak dan guru
v  -Membantu  guru menyambut dan mendaftar kehadiran murid setiap hari
v  -Membantu guru membuat inventori peralatan dan bahan dalam kelas
v  -Membantu mengawasi kanak-kanak semasa ketiadaan guru
v  -Membantu murid ke tandas sekiranya perlu dan memerhati murid keluar kelas dalam keadaaan selamat.
v  -Membantu memilih dan menyediakan bahan serta peralatan yang sesuai dengan keperluan, kesediaan dan perkembangan kanak-kanak.
v  -Menyedia dan mengemas kelas, bilik atau ruangan lain sebelum dan selepas sesi pembelajaran.

3.7  KESIHATAN DAN NUTRISI
  • Kedudukan                : Pengarah Kesihatan dan Nutrisi
  • Masa bekerja             : 5 hari seminggu
  • Syarat kelayakan      :
- mempunyai sekurang-kurangnya ijazah sarjana muda dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak atau setaraf.
- Berumur antara 25 hingga 35 tahun.
- Warganegara  Malaysia
- Gaji minimum RM 2500
  • Tanggungjawab kepada       :
Bertanggungjawab terhadap pengawasan kesihatan dan nutrisi kanak-kanak.
  • Tugasan/ peranan     :
Tugas Umum
v  -Mengurus hal ehwal kesihatan dan nutrisi kanak-kanak.
v  -Menyelia kesihatan dan nutrisi kanak-kanak 3 hingga 6 tahun.
v  -Bertanggungjawab menyediakan persekitaran yang bersih  dan pemakanan yang seimbang bagi kanak-kanak.
v  -Memenuhi kehendak pelanggan (ibu bapa)

Tugas spesifik:
v  -Membantu dalam perancangan pemakanan kanak-kanak.
v  -Melaksanakan prosedur peraturan dan garis panduan kepada guru dan pembantu murid dalam penyediaan makanan.
v  -Memenuhi permintaan ibubapa terhadap keperluan kanak-kanak
v  -Memantau penyediaan makanan dan jadual pemeriksaan kesihatan.
v  -Menyampaikan keperluan kanak-kanak kepada pengarah.
v  -Menghadiri mesyuarat kakitangan, kursus perkhidmatan atau bengkel.
v  -Menghubungi agensi-agensi lain atau pihak luar yang bekerjasama bagi mendapatkan maklumat dalam pendidikan awal kanak-kanak.
v  -Menyelenggara fail dan rekod kesihatan kanak-kanak.

3.8  PENYELIA KESIHATAN
  • Kedudukan                : Penyelia Kesihatan semua tahap
  • Masa bekerja             : 5 hari seminggu
  • Syarat kelayakan      :
   - Mempunyai sekurang-kurangnya Diploma dalam pendidikan awal kanak-kanak atau setaraf
   - Berumur antara 20 hingga 30 tahun.
   - Warganegara Malaysia
   - Gaji minimum RM 1500
  • Tanggungjawab kepada       :
Bertanggungjawab terhadap kesihatan kanak-kanak
  • Tugasan/ peranan     :
Tugas Umum:
v  -Merancang pemakanan yang seimbang bagi kanak-kanak.
v  -Menyediakan persekitaran yang bersih.
v  -Mempunyai kuasa ke atas kanak-kanak sepanjang kanak-kanak di nursery
v  -Memastikan setiap pelajar mempunyai insuran kesihatan.

Tugas spesifik:
v  -Memantau perksekitaran pembelajaran kanak-kanak setiap hari.
v  -Memastikan bahan mentah makanan segar.
v  -Menyediakan khidmat kaunseling.
v  -Menganjurkan “Hari Kesihatan” setiap bulan.
v  -Mengemaskini data dan maklumat mingguanmakanan.
v  Berhubung dengan ibu bapa tentang alahan persekitaran dan makanan kanak-kanak.
v  -Memberi laporan kanak-kanak kepada ibubapa.
v  -Membersih dan menceriakan suasana dan tempat belajar.
v  -Membuat penilaian terhadap tahap perkembangan kanak-kanak

3.9  CHEF
  • Kedudukan                : Chef
  • Masa bekerja             :5 hari seminggu
  • Syarat kelayakan      :
- Mempunyai sekurangnya Sijil Kulinari dan setaraf.
- Berumur tidak kurang daripada 18 tahun ke atas.
- Warganegara Malaysia
- Gaji minimum RM 800
  • Tanggungjawab kepada       :
Bertanggungjawab terhadap pemakanan dan nutrisi kanak-kanak.
  • Tugasan/ peranan     :
Tugas Umum:
v  -Menyediakan menu harian.
v  -Memastikan bahan mentah segar.
Tugas spesifik:
v  -Menyediakan makanan bersesuaian dengan alahan yang dihidapi kanak-kanak.
v  -Memenuhi keperluan kanak-kanak.
v  -Menyediakan makanan yang mempunyai diet seimbang.

3.10    PENGANGKUTAN
  • Kedudukan                : Pemandu
  • Masa bekerja             :  5 hari seminggu
  • Syarat kelayakan      :
-          -Jantina : lelaki
-         - Berumur antara 21 hingga 50 tahun.
-          -Warganegara Malaysia
-          -Mempunyai kelulusan sekurang-kurangnya penilaian menengah rendah (PMR) atau setaraf.
-          -Mempunyai pengetahuan dalam bidang pengangkutan seperti penyelenggaraan kenderaan dan mengenali jalan-jalan utama.
-          -Boleh bekerja pada hari Sabtu dan Ahad mengikut permintaan pengurusan.
-          -Mempunyai pengalaman memandu tidak kurang dari 3 tahun.
-          -Tidak mempunyai kesalahan berat dalam etika pemanduan jalan raya seperti pengalaman ngeri dan tidak mempunyai rekod kesalahan berat dengan polis.
-          -Sihat tubuh badan dan tidak menghidapi penyakit-penyakit kronik yang boleh berjangkit.
-          -Gaji minimum RM800.00

  • Tanggungjawab kepada       :
Bertanggungjawab dalam urusan mengikut tempahan kenderaan yang diterima / diarahkan oleh pegawai bertanggungjawab.
  • Tugas/ peranan         :
Tugas Umum
v  -Memandu kenderaan
v  -Pengurusan penyelenggaraan kenderaan

Tugas spesifik
-Urusan penyelenggaraan
v  Bertanggungjawab dalam urusan kenderaaan dihantar servis mengikut jadual berkala berdasarkan tempoh jarak penggunaan.
v  Bertanggungjawab dalam pembersihan kenderaan selepas digunakan.
v  Kenderaan hendaklah disimpan dibawah garaj yang berbumbung.
v  Pemeriksaan tahunan terhadap kenderaan dijalankan.
v  Bertanggungjawab mengemaskini buku 'Log' kenderaan dan memasukkan kenderaan ke workshop untuk tujuan pemeriksaan dan selenggara
v  Kenderaan hendaklah di servis, mengikut tempoh dan jarak yang disyorkan oleh pembuat kenderaan.
v  Melaporkan dengan segera kepada penyelia tadika/taska jika berlaku apa-apa kerosakan.
v  Memastikan paras minyak selinder enjin, minyak brek, cluth, air radiator, air bateri, angin tayar semuanya mencukupi, tali kipas, semua cermin dan lampu dibersihkan.
v  Memastikan brake, lampu brake, lampu isyarat, lampu meter, charging wiper, lampu kenderaan, meter minyak, hand brake, hon dan meter suhu berfungsi dengan baik.
v  Memastikan minyak petrol kenderaan sentiasa mencukupi bagi kegunaan rasmi.

-Urusan pembelian dan perolehan alat ganti
v  Bertanggungjawab dalam urusan memastikan kenderaan dalam berkeadaan baik.
v Memastikan kenderaan dan peralatan di bawah jagaan berada di dalam keadaan baik dan bersih setiap masa.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan