Emmm…. Pujian untuk
ahli kumpulan >.*
Minggu 8 berjalan seperti biasa…
Minggu : 8
Hari : Rabu
Tarikh : 11 April 2012
Masa : 09:00 pm
Minggu ni berjalan seperti biasa tanpa
ada apa-apa perkara yang menarik berlaku. Kelas diteruskan dengan kuliah yang
disampaikan oleh Pn. Afzan. Pada pertengahan kelas tersebut, kami malakukan
perbincangan secara berkumpulan.
Pada perbincangan kali ini, kami mencari
idea dalam menyediakan bajet untuk proposal tadika kami. Dalam perbincangan
tersebut, beberapa bajet telah dibuat berdasarkan beberapa perkara yang
penting. Perkara-perkara tersebut terdiri daripada bajet pembukaan tadika,
bajet pengurusan tadika secara bulanan, bajet pembayaran gaji guru dan
sebagainya.
Alhamdulillah…. Selepas perbincangan
tersebut, kami telah menyiapkan satu perkara yang penting dalam penyediaan
proposal. perbincangan yang lancr dan kerjasama yang baik dari semua ahli
kumpulan membuatkan setiap perbincangan dan perancangan penyediaan proposal
berlaku dengan lancar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan