Cetusan minda hijau saya
Minggu 10
*kanak-kanak hyperaktif*
Pada minggu ini saya ingin berkongsi
tentang tips-tips penjagaan kanak-kanak hyperaktif.
Petua menangani kanak-kanak hiperaktif (ADHD)
Anak adalah
anugerah dan amanah Allah SWT kepada ibu bapa. Namun, tidak semua anak yang
dilahirkan normal dan tidak memberi masalah kepada ibu bapa mereka. Ini semua
adalah qadha dan qadar yang telah ditentukan, yang mana secara langsung dan
tidak langsung menjadi suatu ujian kepada kedua ibu bapa. Kata orang, tidak ada
penyakit yang tidak ada ubatnya kecuali tua dan mati, cuma ibu bapa perlulah
mengetahui apakah masalah dan penyakit yang dihidapi oleh anak-anak mereka
supaya mudah dicari ubatnya.
Disebabkan
keadaan persekitaran dan juga pemakanan sekarang ini, banyak kanak-kanak yang
menjadi hiperaktif dan agresif. Perilaku hiperaktif ini bukannya perilaku
normal kanak-kanak tetapi ia merupakan suatu penyakit yang perlu ditangani dan
diubati. Perilaku hiperaktif ini dikenali sebagai Attention Deficit
Hyperactivity Disorder (ADHD) di mana kanak-kanak ini tersangat aktif dan
lasak, ia boleh memahami dan berfikir tetapi sukar memberi tumpuan atau
perhatian. Ini menyebabkan kanak-kanak hiperaktif ini sukar bergaul dalam
masyarakat dan lemah dari segi akademiknya.
Perilaku
hiperaktif dan agresif ini terjadi disebabkan oleh perubahan kimia
(neurotransmitter) pada otak dan selalunya otaknya bersaiz lebih kecil (5-10%)
daripada normal. Di antara punca penyebab anak hiperaktif ialah ibu yang
merokok semasa hamil, faktor genetik, kelahiran pramatang (premature),
mengalami kecederaan otak semasa dalam kandungan, dsb.
Di antara
perilaku hiperaktif yang mudah dikenalpasti ialah kanak-kanak bersikap degil,
lasak dan tidak tahu duduk diam, suka membantah, suka melanggar peraturan, leka
dan sukar memberi tumpuan (terutama dalam pelajaran), sering tidak berpuas
hati, mudah rasa tertekan, bermasalah dalam pelajaran dan hubungan sosial
dengan kawan-kawan, sering berpeluh dan mengalami sakit perut atau cirit birit.
Masalah
perilaku hiperaktif di peringkat kanak-kanak ini jika tidak diubati atau
ditangani dengan sewajarnya, mungkin penyakit ini akan berterusan hingga
dewasa. Kanak-kanak hiperaktif ini selalunya melakukan sesuatu tanpa memikirkan
orang lain di sekelilingnya, cuma ikut hatinya sahaja dan suka bermain
bersendirian.
Perilaku hiperaktif ini boleh
dirawati atau ditangani dengan pengurusan emosi yang berkesan, seperti tidak
meninggalkannya bersendirian bergaul dengan kanak-kanak yang lebih muda kerana
ditakuti dia akan menyakiti atau mencederakan mereka, jauhkan benda-benda yang
tajam dan merbahaya supaya dia tidak mencederakan dirinya sendiri, perlu
ditegur dan dididik serta didisplinkannya, jangan bercakap dan berlaku kasar di
hadapannya kerana selalunya dia akan mengikut apa yang ibu bapa lakukan,
perlukan perhatian dan tunjukkan kasih sayang yang lebih, dan jangan
merendah-rendahkan dirinya di depan orang sehingga dia terasa tidak disayangi
kerana ini kan memburukkan lagi keadaannya.
Petua menjaga dan merawat
kanak-kanak hiperaktif diperincikan dalam artikel di bawah ini untuk dijadikan
perhatian panduan kepada ibu bapa yang mempunyai anak hiperaktif…..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan