CETUSAN MINDA HIJAU SAYA
Minggu 8
Penjagaan kesihatan kanak-kanak
MEMASTIKAN
anak anda sentiasa sihat adalah tugas yang besar dan penting bagi ibu bapa
Dua tahun
pertama kanak-kanak adalah yang paling penting kerana pada ketika inilah
pembentukan otak berlaku. Jika seseorang wanita tidak mendapat cukup khasiat
semasa hamil, atau jika anaknya tidak mendapat khasiat secukupnya pada ketika
ini, pertumbuhan fizikal dan mental kanak-kanak mungkin menjadi perlahan. Ini
tidak boleh digantikan apabila kanak-kanak lebih tua – ia akan menjejaskan
kanak- kanak seumur hidupnya.
Kanak-kanak
Asia bercerai susu awal jadi ibu bapa mestilah menjadikannya satu tabiat agar
memberi mereka sekurang-kurangnya 2-3 gelas susu setiap hari, sehingga mereka
remaja. Kalsium adalah penting untuk tulang yang sihat.
Disebabkan
iklan, kanak-kanak sangat dipengaruhi oleh makanan ringan yang tidak
menyihatkan. Dalam jangka masa panjang, ini mungkin membawa kepada kekurangan
zat atau obesiti.
Memakan
makanan ringan antara waktu sajian adalah sangat dilarang. Oleh kerana sukar
untuk mengawal hal ini sepenuhnya, adalah perlu untuk memberi suplemen
multivitamin kepada mereka bagi mengurangkan kesan negatif.
Sama ada
anak anda baru bertatih-tatih atau remaja, anda boleh mengambil langkah-langkah
untuk memperbaiki pemakanan dan menggalakkan tabiat makan yang bijak walaupun
dari segi amalan, diet yang seimbang di kalangan kanak-kanak adalah sukar untuk
diikuti.
Berikut
adalah beberapa garis panduan untuk diet yang sihat:
Sejak lahir hingga 2 tahun:
* Susu badan adalah satu-satunya
makanan yang terbaik untuk bayi sejak lahir hingga berumur enam bulan. Ia
memberi pemakanan yang baik dan melindungi daripada jangkitan. Penyusuan bayi
harus diteruskan selama sekurang-kurangnya tahun pertama, jika boleh. Jika
menyusukan bayi adalah mustahil atau tidak diingini, formula yang diperkaya zat
besi (bukan susu lembu) tidak seharusnya diguna sepanjang 12 bulan pertama.
Susu lengkap lembu boleh diguna untuk mengganti susu formula atau susu ibu
selepas umur 12 bulan.
* Bayi yang disusui ibu yang
tidak mendapat pendedahan yang kerap terhadap cahaya matahari mungkin perlu
menerima suplemen vitamin D.
* Mula dengan makanan pejal pada
umur empat hingga enam bulan. Kebanyakan pakar mengesyorkan bijirin beras bayi
yang diperkaya dengan zat besi sebagai makanan pertama.
* Mulakan sesuatu makanan baru
pada satu masa supaya lebih mudah untuk mengenal pasti makanan yang bermasalah.
Contohnya, tunggu satu minggu sebelum menambah setiap bijirin, sayuran atau
makanan baru yang lain.
* Guna makanan kaya zat besi,
seperti bijian, bijirin yang diperkaya zat besi, dan daging.
* Jangan beri madu kepada bayi
sepanjang 12 bulan pertama.
* Jangan hadkan lemak sepanjang
dua tahun yang pertama.
Dua tahun dan lebih tua:
* Beri pelbagai jenis makanan,
termasuk buahbuahan, sayur-sayuran, dan bijian lengkap.
* Guna garam (kalium) dan gula
secara sederhana.
* Galakkan diet yang rendah
lemak, lemak tepu dan kolesterol.
* Bantu anak anda mengekalkan
berat yang sihat dengan memberi makanan yang betul dan galakkan mereka agar
kerap bersenam.
Menurut
Facts for Life UNICEF, setiap tahun, hampir 11 juta kanak-kanak mati akibat
punca-punca yang boleh dicegah sebelum mereka menyambut hari lahir yang kelima.
Berjuta-juta kanak-kanak lagi hidup hanya untuk menghadapi masa hadapan yang
malap, tidak dapat mengembangkan potensi mereka sepenuhnya.
Banyak
daripada kematian ini boleh dielakkan jika ibu bapa dan penjaga memahami apa
yang perlu dilakukan apabila penyakit menyerang dan bagaimana untuk mengenali
tanda-tanda bahaya yang memberi isyarat terhadap keperluan untuk bantuan
perubatan.
Beberapa
penyakit biasa yang boleh dicegah di kalangan kanak-kanak melalui pengimunan
termasuk polio, kancing gigi, campak dan cacar air. Ibu bapa tidak seharusnya
mengabaikan untuk membawa anak-anak mereka mengunjungi doktor bagi mengurangkan
jangkitan, sakit dan kadar kematian.
Tiada
kaedah yang pasti selamat untuk mengelakkan sebarang jangkitan biasa dan
selalunya, ia mengambil masa satu atau dua minggu untuk menghilangkannya. Walau
bagaimanapun, menggalakkan dan mengamalkan kebersihan diri yang baik adalah
seiring dengan langkah-langkah ke arah mencegah jangkitan yang biasa ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan