CETUSAN MINDA HIJAU SAYA
Minggu 12
*kanak-kanak dan seni*
KANAK-KANAK DAN SENI
Sejak mula dilahirkan kanak-kanak telah mula melahirkan perasaan-perasaan dirinya. Mereka mula mengenali dunia luar menerusi nalurinya. Dunia pertama yang disedarinya ialah ibunya. Menangis merupakan percubaannya menghubungi manusia disekitarnya. Melukis merupakan salah satu daripada “permainan-permainan membangun” yang amat digemari sekali oleh kanak-kanak. Ia merupakan faktor penting bagi pendidikan murid di sekolah. Sejak bermula masa kanak-kanak lagi mereka telah menampakkan kegemaran begini.
Kira-kira pada umur 3 tahun atau pada masa sebelumnya lagi anak-anak kecil sudah gemar melukis menggunakan kertas dan pen atau menggunakan arang atau kapur.Yang dibuatnya hanyalah corengan-corengan untuk meniru orang-orang dewasa yang pernah dilihatnya melukis atau menulis. Perbuatan melukis ini barangkali juga akibat keinginan kanak-kanak untuk bergerak. Bentuk corengan itu bergantung kepada tekanan pen ke atas kertas dan caranya memegang pen itu. Garis-garis yang tidak ketahuan bentuknya itu nampaknya memberikan kepuasan hati kepada pelukis kecil itu. Hal inilah yang mendorongkan kanak-kanak untuk melukis berulang-ulang. Lukisan itu belum dapat disebut lukisan yang sebenarnya. Corengan itu belum mempunyai maksud. Tetapi bagi kanak-kanak mereka menganggap corengan yang dibuatnya itu sudah benar-benar menyerupai manusia, binatang atau benda-benda. Jadi lukisan itu cepat sahaja ditunjukkan kepada orang dewasa kerana menganggap lukisannya itu telah selesai.
Kanak-kanak dilahirkan dengan mempunyai sifat yang dinamik serta berkembang mengikut fitrah semula jadi proses tumbesaran mereka. Hasil kerja seni visual yang dihasilkan berfungsi sebagai alat komunikasi dan merupakan refleksi pemikiran kanak-kanak.
(a) Melukis sebagai Medium Komunikasi[/b]
Lukisan merupakan bentuk komunikasi awal kanak-kanak sebelum mereka berupaya untuk bertutur. Ianya dijadikan alat perhubungan yang berkesan untuk berinteraksi.
(b) Melukis sebagai Cara Mencapai Kepuasan Diri
Melukis merupakan aktiviti yang mampu memberikan kepuasan kepada kanak-kanak. Melalui lukisan, kanak-kanak dapat meluahkan perasaan dan emosi selain dapat membina kekuatan otot. Aktiviti sebegini juga dapat membantu menajamkan daya intuisi kanak-kanak.
(c) Melukis untuk Meningkatkan Daya Penguasaan Kendiri (Self Esteem)
Aktiviti melukis dapat memberikan kepuasan kepada kanak-kanak dalam meluahkan apa yang dilihat lalu dipindahkan semula dalam bentuk dan rupa imej yang unik mengikut tahap pemahaman mereka. Melalui aktiviti melukis, kanak-kanak dapat meningkatkan daya sensitiviti pancaindera.
PERSONALITI DAN BAKAT KANAK-KANAK YANG BERSENI DAPAT DILIHAT?
Orang seni dianggap mempunyai sifat peka, sensitif, gila-gila, sukar dijangka dan berkecenderungan membuat penilaian diri bagi memperbaiki kelemahan. Individu yang mempunyai sifat-sifat itu sejak kanak-kanak lagi memiliki personaliti yang menarik.
Aktiviti-aktiviti seni yang menerapkan nilai-nilai murni dalam pembelajarannya akan membentuk personaliti dan bakat kanak-kanak yang sempurna. Menerusi latihan yang berterusan, akan dapat memberi kemahiran psikomotor dalam penghasilan kerja seni.
Guru seni berperanan membantu membentuk personaliti dan bakat murid-murid melalui kegiatan seni yang dilakukan di dalam bilik darjah. Melalui bakat yang ada dalam diri, murid-murid akan menjadi seorang yang profesional dalam menghasilkan karya seni.
Tidak mustahil murid-murid itu akan menjadi seorang artis atau pereka yang terkenal. Mungkin juga seniman yang unggul. Oleh itu, pembentukan personaliti yang baik melalui kerja-kerja seni mampu melahirkan individu yang berbakat dan profesional.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan